Tuesday, 22 December 2009

Happy 7th Besday Muammar!!!


Antara entry lama ayah tentang Muammar:


September 26, 2006
Abang budak cerdik

Selalunya sebelum tidur umminya akan ajar si abang hafal doa. Macam2 doa seperti doa sebelum dan selepas makan, doa tidur, doa rabbana atina, dan doa2 lain, serta surah2 yang mudah seperti al-Fatihah dan empat Qul.

Alhamdulillah abang budak yang cerdik dan cepat tangkap apa yang diajar. Kadang2 malam kita ajar, esok bangun pagi dia masih ingat lagi. Dan setiap kali nak tidur, abang akan baca sendiri semua doa-doa tu tanpa disuruh.

Dulu masa aku ada dengan anak2, tiap malam kalau aku yg tidurkan anak2, abang akan suruh aku nyanyi lagu nasyid "di pondok kecil di pantai ombak...". Dan setiap kali aku nyanyi abang akan kata "Ayah selalu nyanyi silap. Awat ayah tak nyanyi macam ummi nyanyi?"

Loh, rupa2nya masa ummi tidurkan dia pun dia suruh umminya nyanyi lagu tu jgk. Tajam betul minda anak2 ni ya, sampai dia tahu kita silap ka betul...

Pasal doa makan, abang memang jadi tukang baca doa kalau kitorang makan kat rumah. Ada sekali tu aku, ummi dan abang serta sepupu dia pegi lunch kat satu kedai makan. Aku pegi amik nasik dan lauk dulu, aku dah lapar sangat time tu kan, duduk aje terus suap nasi. Abang pulak umminya yang tarukkan nasik, datang ke meja, duduk aje terus angkat tangan baca doa makan.

Sekali dibantainya baca kuat sampai satu kedai dengar dan diorang tengok la meja kitorang. Merah padam muka aku pasal masa abang baca doa tu aku tengah baik punya suap nasi. Anak bertuah...

Malam tadi, ummi cerita kat aku yang dia ajar si abang nama anak2 Nabi, ayah dan ibu Nabi serta nama wan (Datuk, ada yang panggil atuk atau tuk) Nabi. Abang pun hafallah...

Anak2 nabi ada tujuh orang, tiga lelaki empat perempuan. Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummi Kalsum, Siti Ruqayah. Ayah nabi namanya Abdullah, ibunya pula nama Aminah. Wan nabi namanya Abdul Muttalib.

"Ummi, tok nabi nama apa?" tanya si abang, innocent. Ingin tahu. (tuk bagi orang kedah adalah panggilan untuk nenek). "Err, ummi lupa laa, ummi tak baca abih lagi. Nanti ummi cari nama tuk nabi ya." (jawapan kantoi dari ummi).

Aku gelak kuat dengar cerita ummi. Bertuah betul abang. Betul jugak ya, kita tentu tak pernah pun nak tanya nama nenek nabi bila baca sejarah2 Nabi Muhammad dulu kan? Nama apa ya?

Nota: Terima kasih pada Ateh lema dan yg dah tolong beri jawapan untuk pertanyaan abang tu. Nama nenek Nabi Muhammad atau isteri pada Abdul Muttalib adalah Fatima binti 'Umri bin A'izz.


*******

April 21, 2005
Haru biru

Never underestimate your kid!

Itu yang aku belajar petang semalam. Macam biasa, aku dan wife ada rancangan makan-makan kat Kuala Perlis bersama rakan semaktab wife aku, dan kami nak tinggalkan sekejap baby pada toknya, hanya abang dibawa bersama. Sesampai di rumah toknya, abang taknak keluar dari kereta, so aku dan isteri pun sibuklah mengangkat buaian dan barang-barang untuk ditinggalkan di rumah toknya.

Entah macamana aku biarkan kunci kereta kat tempatnya, dan abang pula mengambilalih tempat driver sambil pusing-pusing steering kononnya bawak kereta la tu. Memang selalu dia camtu, kalau duduk dalam kereta dia akan ambil tempat driver kalau aku atau isteri keluar sekejap untuk membuka pintu pagar atau ambil barang apa-apa kat belakang keta. Entah mungkin dia tengah angan-angan nak ganti Schumacher agaknya...

Tapi hari ni dia buat ayah dan ummi dia terkejut badak! Dia lock diri sendiri kat dalam keta! Bertuah punya budak! Dah le tak ada tingkap yang terbuka sedikit untuk aku capai kunci dari luar. Haru biru sekejap. Aku dan isteri dah menggelabah semacam sebab abang dengar tak dengar kitorang kat luar menjerit-jerit suruh dia tarik lock pintu kereta tu. Malah dia ingat kami main-main, siap senyum kononnya seronok sebab kitorang tak boleh kacau dia kat dalam kereta.

Tapi lepas tu dia mula nak dengar kata kitorang, dia cuba tarik picu kunci, tapi tak naik. Dengan tangannya yang dah berpeluh tu, memang susah dia nak tarik. Dia dah start kepanasan kat dalam kereta tu, bila dia pegang cermin kereta pun nampak berbekas tapak tangan kat cermin. Aku yang kat luar ni pun berpeluh gilak, terus aku pergi pinjam motor pakcik sebelah rumah, nak pegi cari tukang kunci. I dont wanna risk my son's life, kalu nak tunggu lama-lama takut nanti dia kelemasan pulak dalam tu, oh tidakk!!!

Aku bawak motor macam mat rempit, cuma tak angkat kaki buat macam superman ajer,mase pegi ke kedai kunci berdekatan dengan rumah. Bila aku balik je ke rumah dengan mamat india tukang kunci tu, aku tengok kereta dah kosong. Alhamdulillah, lega rasanya. Aku pun hantar balik mamat india tu ke kedainya, dan lepas tu pulangkan motor kepada pakcik sebelah rumah.

Isteri aku membebel panjang sebab aku cuai tinggalkan kunci kereta dalam kereta. Isteri aku cerita, dia dapat idea suruh abang ambik kunci kat tempatnya dan tekan button autolock tu. Dua kali anak aku tekan button alarm, riuh rendah dibuatnya! Dah la tu, lama pulak menda alah tu berbunyi, sampai diam sendiri la... at last he pushed the right button, and my wife pun terus sambar pintu kereta dan tarik abang keluar. Aduii, anak akuu...


**********

Ni pulak ucapan auties and sahabat2 ummi kat Facebook ummi:

Lynn Ghazali
Lynn Ghazali
amin.. happy birthday
12 hours ago · Delete
Nurwahidah Binti Abdullah
Nurwahidah Binti Abdullah
hepi besday muammar..k.min nanti bgtau muammar...baby mawaddah camna..kak min plak camna...
12 hours ago · Delete
Nowwa Fitri
Nowwa Fitri
Eh Min..anak2 kau sumer baby Disember yer...?So abang Muammar..Happy Birthday!
12 hours ago · Delete
Aizah Zarirah
Aizah Zarirah
happy birthday muammar.. anak aku pun min bulan 12 gak... 25 haribulan 12
5 hours ago · Delete

Asmin Khassim

Asmin Khassim
Kalau la selalu kamceng mcm ni 2 beradik ni, tak gaduh2 kan bagus...
12 hours ago · Delete
Noorazma Mohd Khassim
Noorazma Mohd Khassim
Selamat Hari Lahir Muammar.... love uuuu...
12 hours ago · Delete
Nor Aiza Mohd Zamil
Nor Aiza Mohd Zamil
Happy Birthday Muammar....
12 hours ago · Delete
Noorazma Mohd Khassim
Noorazma Mohd Khassim
Love this pic
12 hours ago · Delete
Suriati Masran
Suriati Masran
happy birthday muammar semoga jadi anak yg soleh jgn bg ibunda dan ayahda susah hati sentiasa menjadi penawar
12 hours ago · Delete
Nisar Mohammad Ahmad
Nisar Mohammad Ahmad
Selamat hari lahir ke-7 muammar.. moga menjadi anak yg soleh penyejuk mata ayah n ummi..
11 hours ago · Delete
Abidah Abdul Ghafar
Abidah Abdul Ghafar
Happy 7th birthday Muammar; may Allah bless you always, keep up being a good brother...
9 hours ago · Delete
Amni Khassim
Amni Khassim
epi besday nanda muammar
3 hours ago · Delete
Rashid Firhat
Rashid Firhat
happy birthday Muammar
about an hour ago · Delete


[get this widget]

Friday, 18 December 2009

Happy 5th Besday Ayman!!!

Entry ni agak terlambat, tetapi ummi cuba masukkan juga supaya Ayman mendapat manfaat bila besar nanti...

Ini antara entry-entry yang lama oleh ayah mengenai Ayman:

December 19, 2004
Tangisan seorang anak

Tangisan inilah yang membuatkan aku sebak tepat jam 4.39pm petang Khamis 16 Disember lalu.

Serentak dengan azan Asar dilaungkan, kepala seorang anak kecil pun terjengul keluar melihat dunia ini. Itulah anak lelaki keduaku yang selamat dilahirkan dengan berat 3.35kg, kecil sikit dari abangnya dulu. Bolehlah main bola dengan abangnya bila besar nanti.

Alhamdulillah kedua-dua ibu dan anak selamat, dan discharge dari hospital keesokkan harinya. Aku akan update lagi nanti, insyaAllah siap dengan gambar sekali.

p/s: Esok ada tiga assignment kena submit, dua dah siap tinggal satu lagi.

Labels: Anak2

*********

December 21, 2004
Cerita baby baru

Thanks to those well-wishers yang sempat datang jenguk blog aku walaupun tak kerap diupdate seperti dulu. Al-maklumlah, dulu masa kerja hari-hari mengadap komputer, asal bos takde terus bukak blog. Sekarang susah sikit, ni online kat umah ja, bila ada time free, time anak tidur boleh la. Aku harap korang paham kan.

Baby kurang sihat sikit, ada jaundice. Dah dua kali pegi checkup kat hospital, esok kena pegi lagi. Doktor suruh maknye breastfeed baby kerap sikit, susu badan boleh kurangkan jaundice. Mak mertua aku pula sibuk ingatkan aku untuk cari daun hujan lebat, daun amin buah, daun inai, daun kucai, dan suruh beli buah rhanda kat kedai ubat cina. Semua daun tu buat mandikan baby. "Orang tua-tua dulu berubat camtu saja, takde kena kuning pun," kata mak mertua aku. Aku ngikut je, yang aku nak moga-moga anak aku sihat.

Dulu abang dia pun kena jugak, first checkup terus shootup to 14. lebih, hampir kena tahan dah, tapi aku mintak bawak balik dulu. Mandikan dengan air daun tadi jugaklah, alhamdulillah sihat akhirnya.

Pasal nama anak, aku bincang dengan isteri since early pregnancy lagi nak taruk nama AIMAN, spelled as A-I-M-A-N. Ada member aku pernah cadangkan A-E-M-A-N, macam satu kumpulan nasyid tu, ish, tak kuasa aku... So, sepanjang masa mengandung dah start panggil nama tu. Tapi bila bapak mertua aku dapat tau aku nak taruk nama tu, dia suruh eja AYMAN instead of AIMAN.

Tahu kenape bapak mertua aku suruh tukar? Dia kata kalau AIMAN tu nanti dalam giliran apa-apa akan dipanggil lebih awal, kalau dalam dewan periksa nun kena duduk meja kat barisan depan, nanti anak jadi cepat lemah semangat. So kalu taruk AYMAN, agak di tengah sikit, takdelah nak cepat gelabah atau hilang semangat. Hmm... apa-apalah, janji nama yang baik, kan!

Err, gambar baby seperti yang aku janji tu belum ada lagi. Sorry, teknologi kamera aku macam hp akutakreti jugaklah. Nak kena cari kodak dulu, lepas tangkap gambar pegi cuci pulak, pastu kena scan then baru boleh upload. Tunggu jelah ye.

Lagipun esok birthday cukup dua tahun abangnye, kitorang dah plan nak celebrate Khamis ni, sekali dengan kenduri cukur kepala baby Ayman. So musti banyak gambar-gambar yang menarik nanti.

Baby Ayman tidur siang kuat sungguh. Buat la camna pun nak kasi dia bukak mata, takde bukanya. Tutup rapat. Tapi malam pukul dua tiga pagi, punyalah bulat matanya, celik pulak. Wife aku kata, berjaga malam tu kena penyakit aku. Mak mertua aku tanya, "ni cucu tok ni suka berjaga sebab tengok bola ka baca buku ni...?" aku sengih macam kerang wangi ja.

Ish, sedar tak sedar dah anak dua aku ni, dah tua rupanya!

Labels: Anak2

**********

March 19, 2006
Adik, hidung dan balas dendam

Aku pantang tengok hidung anak2 aku tak bersih. Mesti bersih. Kalau ada tahi aku tolong korekkan, walaupun jari kelingking aku lebih besar dari lubang hidung anak2 aku. Kalau ada hingus aku mesti lap dgn tisu atau kain, atau aku sedut dgn mulut aku sendiri.

Ya, aku sedut. Jangan terkejut. Dan aku ludah kembali dalam sinki. Aku bukan seorang pemakan hingus anak sendiri.

Terutamanya adik.

Adik, kalau demam dan berhingus, akan jadi teruk sehingga sesak nafas. Selalu bila demam selsema adik dapat acute bronchiolitis. Kalau adik demam aku tak akan biarkan hidung dia tersumbat. Adik pernah masuk hospital 3 hari sebab sesak nafas bila demam selsema. Adik pernah di"asap"kan kat klinik beberapa kali sebab sesak nafas.

Kadang-kadang adik sampai menangis bila aku "cuci" hidung adik. Hidung adik merah. Aku tau, adik tak selesa bila hidung dia di"cuci" aku. Tapi adik lega selepas itu sebab aliran udara hidung jadi semakin luas.

**********

Aku baring-baring. Mengantuk. Adik main-main sebelah aku. Ummi tak ada. Abang main dengan sepupu kat luar. Aku tertidur...

Adoiii!!! Aku terjaga. Bingkas terduduk. Hidung aku pedih. Aku raba2 hidung aku. Cecair dingin merembes keluar. Merah. Darah. Tengok adik, dia senyum. Sambil tunjuk jari dia kat aku.

Sampai hati adik balas dendam kat aku...

Labels: Anak2

Ni pula antara ucapan aunties dan kawan-kawan ummi untuk Besday Ayman yang ke-5 ni di Facebook ummi:

Natasha Mohmad
Natasha Mohmad
hepi besday anak sedara kuuu!!!..hikhik..alamak benjol2..x pe still macho...
Wed at 09:21 · Delete
Anita Ahmad
Anita Ahmad
Happy Birthday Ayman..semoga ceria selalu...pagi2 lagi Izzah dah nyayikan lagu happy birthday utk Ayman...
Wed at 09:34 · Delete
Nowwa Fitri
Nowwa Fitri
Happy Birthday Ayman!
Wed at 11:01 · Delete
Hazwah Ismail
Hazwah Ismail
handsome your boy ni kak min... happy birthday ayman :)
Wed at 11:11 · Delete
Mahyudin Ahmad
Mahyudin Ahmad
hensem?? mata sepet, hidung penyet, dahi selalu bincut2...? tu tak tengok kalu dia senyum lagi, tutup terus mata, hehe...
Wed at 11:17 · Delete
Abidah Abdul Ghafar
Abidah Abdul Ghafar
Happy birthday Ayman; be a good boy; may Allah bless you always...
Wed at 11:18 · Delete
Noorazma Mohd Khassim
Noorazma Mohd Khassim
Happy birthday ayman... Ateh ma tak bagi hadiah la tahun ni...
Wed at 12:33 · Delete
Nuhanna Khassim
Nuhanna Khassim
happy besday ucap kat ayman...dah jd abang ngah
Wed at 13:18 · Delete
Amni Khassim
Amni Khassim
epi besday ayman..
Wed at 13:21 · Delete
Noraslina Jusin
Noraslina Jusin
Awat tu ? Anak lelaki Min..:) Sanah helwah ya Aiman..semoga menjadi anak yang soleh. Tolong Ummi jaga adik Mawaddah tau.
Wed at 13:33 · Delete
Suhazrina Bt Sulaiman
Suhazrina Bt Sulaiman
hepi bsday,,,,,
Wed at 14:11 · Delete
Rosidayu Sabran
Rosidayu Sabran
happy birthday Ayman! Semoga menjadi orang yang penyabar...hehe sbb selalu tewas dgn abang dia...
Wed at 15:10 · Delete
Husni Othman
Husni Othman
Happy birthday Ayman! Moga pjg umur murah rezki.
Wed at 16:14 · Delete
Nooraini Abdullah
Nooraini Abdullah
HAPPY BIRTHDAY..dah bukak ke hadiah maksu bg..hehe
Wed at 18:12 · Delete
Asmin Khassim
Asmin Khassim
Ingat mak su pak su nak mai bg sendiri weekend ni ka... ummi bukan main larang lagi, jgn sentuh beg tu walau pun depa tau untuk depa...
Wed at 18:15 · Delete
Lynn Ghazali
Lynn Ghazali
selamat hari jadi ayman.. (min , itu mmg doa setiap parents kan..:))
16 December at 08:51 · Delete
Hurriyati Mohd Hussein
Hurriyati Mohd Hussein
happy besday anakanda ayman.. kwi ingat g min dlm pantang dpt berita arwah mjang accident ...
16 December at 08:52 · Delete
Aizahusni Aziz
Aizahusni Aziz
amin...acik aminkan doa ibu ayman..semoga bahagia dunia dan akhirat
16 December at 08:54 · Delete
Asmin Khassim
Asmin Khassim
betul lyn... itu la doa kita selalu. bukan dalam solat je...

kak wi: hmmm dah 5 thn masa tu berlalu. min rasa ms tu min mcm dlm mimpi ja kak wi... heran bin ajaib tetiba pagi2 tah sesapa tepon habaq kata pn rabiah accident. lupa m njang punya nama rabiah. dah dok pangge m njang ja... semoga rohnya dirahmati selalu...
16 December at 08:55 · Delete
Hurriyati Mohd Hussein
Hurriyati Mohd Hussein
hehe ya betuiii ..x leh lupa d moment... rinduu kat ayman n muammar.. kiss n hug kat lepa na.. juga mawaddah.. mmuahhh
16 December at 08:57 · Delete



[get this widget]

Pengorbanan

Perancangan Allah SWT kadang-kadang amat luar biasa, kita merasakan sesuatu yang berlaku itu amatlah menyusahkan kita. Tetapi di sebalik semua itu ada hikmah dan rahmat yang tersembunyi. Bila direnungkan dan dimuhasabahkan kembali setiap sesuatu kejadian itu, hati kita pasti tenang dan redha bahawa Allah SWT yang mempunyai perancangan terbaik untuk setiap hambaNya.

Seperti contoh, 26 hari aku berada di Leicester General Hospital (LGH) mulai 16 November 2009 sehingga 11 Disember 2009 yang lalu. Pelbagai hikmah yang tersembunyi dapat kami sekeluarga kecapi. Aku sangat bersyukur bila dibandingkan pesakit lain yang berada di wad 30 Maternity Unit itu yang mempunyai pelbagai penyakit lain yang kronik. Berbeza dengan aku, doktor hanya meminta aku berada di hospital agar kandunganku yang kelihatan sangat kecil dapat dipantau pembesarannya, dapat diperhatikan degupan jantungnya dan aku sendiri dapat di jaga dengan baik jauh dari segala keletihan, kekalutan dan kebisingan kehidupan di rumah dan di luar hospital. Pada mulanya memang serasa seperti berada di dalam penjara. Jiwa agak tertekan, degupan jantung menjadi kencang setiap kali para midwives dapat mengambil bacaan Blood Pressure, Pulse Rate dan juga Temperature badanku.

Tetapi Alhamdulillah, selepas jiwaku agak tenteram aku redha dan dengan segala ketentuanNya. Doktor juga bukan sengaja menahan aku nak bagi makan free setiap hari di dalam wad hospital ini. Mereka pasti mempunyai alasan yang sangat kukuh membuat sesuatu keputusan. Natijahnya, aku dapat merehatkan fizikal dan mental sebaiknya sebelum tiba hari pembedahan untuk melahirkan puteri kami Mawaddah. Cuma yang agak kalut ialah suamiku, seorang lelaki gagah, sabar, cekal dan tabah mengharungi perubahan drastik dalam kehidupan kami sejak hari pertama aku dimasukkan ke wad.

Segalanya berubah bagi suamiku, rutinnya menjadi tunggang langgang, jadualnya terpaksa diubah untuk disesuaikan dengan keadaan baru ini. Rutin yang selalunya milik ummi, kini menjadi rutin ayah. Disamping rutinnya sebagai seorang pelajar dan pekerja ‘domestic’ di University of Leicester yang sedia ada. Seawal pagi 5.30, ayah mesti bangun, mandi dan bersolat seterusnya menguruskan Muammar dan Ayman ke sekolah. Membangunkan anak-anak jantan kami yang berdua itu bukanlah tugas yang menyeronokkan. Kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan. Sambil menjerit-jerit dari bawah menyuruh mereka mandi, dan bersiap dengan uniform sekolah yang mesti disediakan malam sebelumnya ayah akan menyediakan ‘packed lunch’ anak-anak yang mengambil masa di antara 10 – 20 minit juga mengikut bekalan apa yang hendak disediakan. Sambil itu, ayah juga menyediakan sarapan untuk anak-anak berdua itu di atas meja sambil menunggu kedatangan Pak su Nisar yang juga berkorban datang membantu menunggu dan menghantar anak saudaranya ke sekolah sebelum dia juga ke universiti bagi menyelesaikan tugasan PhDnya yang hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi.

Ayah mengasah bakat menyalin nappy Mawaddah selepas
5 tahun meninggalkan tugas itu.

Ayah akan keluar bekerja seawal 6.45pagi berbasikal melawan kedinginan pagi yang menggigit hingga ke tulang untuk bertugas mulai 7 – 10 pagi sebagai ‘domestic worker’ di universiti. Seterusnya jam 10 pagi ayah akan pejabatnya menyelesaikan tugas-tugas pengajiannya. Jika tiada tugasan akademik yang meruntun, ayah akan pulang ke rumah untuk menguruskan rumah seperti membasuh pakaian, mengemas rumah dan bersiap untuk menziarahi ummi di hospital kerana masa lawatan bagi suami dan anak-anak pesakit bermula seawal jam 11 pagi hingga 8.30 malam.

Berbual, berbicara dan menemani ummi yang sendirian di wad 30 itu, menjadi rutin tambahan ayah. Kadang-kadang ayah kelihatan keletihan berbaring atau tertidur di katil ummi atau di kerusi pelawat yang disediakan di sebelah ummi. Ummi dapat membayangkan ‘letih sungguh suamiku dengan tugasan tambahan yang perlu dilakukannya.' Di dalam hati ummi hanya berdoa:

“Ya Allah, kau berikanlah suamiku kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menjalani kehidupan seharian. Engkaulah yang Maha Mengetahui yang terbaik buat kami sekeluarga.”

Lebih kurang pukul 2.30 petang ayah akan bersiap untuk pulang mengambil dua hero kami dari sekolah. Pulang ke rumah dengan anak-anak, ayah seterusnya bergegas memasak untuk mereka bertiga dan kadang-kadang membawa sedikit untuk ummi yang sudah letih dengan makanan hospital meskipun dengan menu yang menarik. Semua makanan yang boleh dimakan telah ummi rasa dan ulang selama berada di hospital. Menguruskan anak-anak termasuklah memastikan mereka bersolat, membaca Al-Quran, menyelesaikan kerja sekolah jika ada, memastikan mereka makan dan sebagainya merupakan tugas yang amat mencabar kesabaran ayah. Anak-anak pula mempunyai pelbagai alasan untuk mengelak melakukan rutin-rutin itu. Kadangkala sengaja dilambat-lambatkan melakukan tugasan yang disuruh, mungkin sebagai menarik perhatian ayah yang agak sibuk kebelakangan ini.

Setelah selesai urusan di rumah, mereka bertiga akan bersolat maghrib dan isya’ sebelum datang ke hospital menziarahi ummi lebih kurang jam 7 malam. Hampir setiap hari begitulah rutin suamiku dan anak-anak bujangku. Mereka akan balik ke rumah lebih kurang jam 8.15 malam dan bersiap untuk terus tidur kerana rutin harian akan bersambung semula esoknya. Ummi di hospital pula akan bersedia untuk final round oleh midwife sebelum juga tidur di katil 8C wad 30 itu. Sebelum tidur ummi tak akan lupa memohon kepada Allah SWT:

“Aku bersyukur Ya Allah! Kau kurniakan aku seorang lelaki kuat dan tabah yang sering berada di sisiku tatkala aku seperti kelemasan. Dia merupakan kekuatanku Ya Allah, maka Kau kuatkanlah dia.”

Segala yang berlaku ini sebenarnya memang penuh dengan hikmah dari Allah, menjadikan hubungan kami suami isteri semakin kukuh dan saling menghargai antara satu sama lain. Saling menyedari bahawa pengorbanan dari suami atau isteri amat penting dalam membina sebuah keluarga yang bahagia. Kesabaran, doa dan tawakkal merupakan syarat utama dalam mengharungi ujian yang diberi Allah untuk kami.

Sebagai isteri, bersyukurlah dengan suami yang Allah ciptakan untuk kita. Sedikit kelemahan yang wujud, padamkanlah dengan kelebihan yang menggunung. Jangan hanya melihat salah suami tanpa menyedari salah diri sendiri terhadap si suami. Lelaki selalunya malas berbicara, tapi bukan bermakna jiwa mereka tidak terseksa dengan sikap dan perangai kita yang berkala. Kadang-kadang suka, kadang-kadang duka. Menuntut itu dan ini yang luar dari biasa dan jauh dari kemampuan si suami. Berilah mereka luang untuk menyayangi dengan seikhlas hati lantas kita sendiri haruslah menghargai apa yang mereka lakukan kepada kita dan anak-anak . Menghargai bukan bererti membalas jasa mereka dengan material semata, tetapi taat, bermanis muka, berlemah lembut bila berbicara, mendengar kata dan yang paling penting mendoakan mereka. Yakinlah mereka akan memberi dan menyayangi serta menghargai kita dan anak-anak dengan segala kemampuan yang mereka ada. Ingatlah,

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“ Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”

Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi

Terima kasih wahai suamiku, di atas kesabaran, ketabahan dan kekuatan yang kau miliki. Moga redha Allah sentiasa bersamamu…

Wallahu’alam.

[get this widget]

Wednesday, 16 December 2009

Catatan Pengembara - 2: Berbaik Sangkalah


Jika kita sering mencari dan melihat kelemahan serta kekurangan dalam kehidupan seharian kita, maka kekurangan dan kelemahanlah yang akan kita temui. Jika kita mengajar diri mencari keindahan, kecantikan, kebenaran dan segala yang indah, Insya Allah itulah yang akan kita kecapi. Segala yang negatif, lemah dan kurang tak akan menjadi penting di mata dan di hati kita. Konsep ini perlu dalam kita melayari kehidupan seharian, ketika kita berkomunikasi, dalam kehidupan berumah tangga, ketika berurusan dengan insan-insan lain di sekeliling kita dan yang paling penting ketika kita menghadapi ujian-ujian daripada Allah SWT. Lihatlah semua ini dari sudut yang positif agar kita akan lebih bahagia dan menjadi seorang yang redha.

Catatan pengembara kali ini akan membicarakan bagaimana segolongan masyarakat ‘orang putih’ atau ‘English people’ melihat dan memandang kita bangsa asing yang berada di negara mereka ditambah pula dengan pemakaian kita yang menunjukkan kita adalah penganut agama suci agama Islam. Ini adalah pandangan dari kaca mata dan hati saya seorang. Catatan ini bukanlah merupakan satu kajian terperinci yang telah saya lakukan untuk dibentangkan di sini. Pandangan ini mungkin berbeza dari kaca mata dan hati orang lain berdasarkan ‘worldview’ masing-masing. Ini hanyalah beberapa pengalaman peribadi yang saya alami semenjak dua minggu lebih berada di hospital.

Berada di Leicester General Hospital (LGH) banyak memberi saya pengalaman baru, berjumpa dan berkenalan dengan ramai kawan baru dan juga menyelami cerita-cerita kehidupan yang tak pernah berpenghujung. Setiap ibu atau bakal ibu yang di tempatkan di Maternity Wad ini mempunyai kisah dan cerita masing-masing. Pelbagai fiil manusia dari pebagai warna kulit dapat kita lihat dan cernakan di dalam fikiran untuk dijadikan pedoman hidup.

Di sini juga kita dapat melihat kebesaran Allah SWT menciptakan makhluk yang satu ini iaitu manusia dengan pelbagai rupa bentuk fizikal. Apatah lagi hati. Saya sempat mengenali dan menyelami hati beberapa pesakit ‘kulit putih’ atau ‘mat saleh’ atau boleh dikatakan bakal ibu yang berada di hospital ini. Boleh dikatakan mereka ini tidak akan menegur atau senyum kepada saya jika bukan saya yang terlebih memulakan langkah itu. Iaitu menguntumkan sebuah senyuman dan menegur serta beramah dengan mereka.

Lain pula dengan para midwives (bidan/jururawat bagi unit maternity), doktor, tukang cuci, tukang hidang makanan dan sukarelawati yang bertugas di wad ini. Mereka mungkin dilatih untuk menjadi mesra pesakit hinggakan tidak pernah lagi sejak dimasukkan ke sini lebih 2 minggu lalu saya menemui walau seorang petugas di wad ini yang melayan dan menegur saya dengan wajah yang bengis, sombong, apatah lagi bercakap kasar. Semua mereka akan tersenyum serta menggunakan kata-kata yang manis dan memanggil pesakit dengan panggilan mesra seperti ‘darling, sweetheart, love, honey dan sebagainya’ agar kita rasa selesa dan rasa disayangi di sini.

Berbalik kepada wanita-wanita yang saya temui dan sempat berbicara di kala bersarapan bersama. Pada mulanya cerita kami berkisarkan kisah masing-masing yang dimasukkan ke wad ini. Lama-kelamaan berlarutan kepada cerita keluarga sehinggalah saya bertanya tentang pandangan mereka terhadap kita sebagai orang asing beragama Islam di negara mereka. Apa pandangan mereka tentang wanita Muslim yang bertudung dan sebagainya.

Michelle, seorang ibu beranak dua mengatakan yang dia memang pada mulanya tidak berani mendekati orang asing yang beragama Islam kerana mereka ini selalu dikatakan ganas. Tetapi dia kini dia mempunyai beberapa kawan bangsa asing yang beragama Islam dan dia amat selesa dengan mereka. Mereka begitu baik dan selalu membantu. Saya memberitahunya yang semua agama mengajar penganutnya menjadi manusia yang baik dan menjauhi keganasan. Begitu juga agama Islam. Jika benar keganasan itu dilakukan oleh umat Islam, maka merekalah yang bersalah, bukan ajaran agama Islam yang mengajar mereka begitu. Dia mengangguk kepalanya tanda setuju dan kami menjadi kawan baik hingga ke hari ini kerana dia juga mungkin akan lama di wad ini dengan masalah ‘Placenta Previa’nya bagi kandungan ketiganya ini.

Louise, seorang lagi kawan sebilik yang mengalami masalah tekanan darah tinggi semasa mengandung ini begitu ramah selepas saya juga yang mula menegur dan bertanya khabarnya. Dia sangat mesra dan murah meluahkan perasaannya. Dia juga sudah mempunyai 2 anak lelaki dan bakal melahirkan hero ke-3. Dia secara jujur mengatakan yang dia risau untuk bertegur sapa dengan mereka yang bertudung dan lebih tepat lagi mereka yang beragama Islam kerana mereka kelihatan begitu tertutup dan tidak mesra. Dia mengaku yang dia selesa bercakap dan bercerita dengan saya. Saya memberitahunya, ajaran agama Islam tidak sesekali membezakan manusia sama ada bangsa, warna kulit ataupun status kehidupan setiap orang. Yang paling penting dan membezakan setiap manusia adalah hati. Ajaran agama Islam mengajar umatnya sentiasa berbaik dengan siapa sahaja tanpa mengira agama yang orang lain anuti. Ibu muda itu mengangguk paham. Dia pulang ke rumah dua hari yang lalu dan tak lupa menjenguk saya di sebalik langsir dan mengucapkan selamat kepada saya sebelum dia pulang bersama suaminya.

Saya juga sempat berbual dengan seorang midwife yang juga berkulit putih yang kelihatan berminat bertanya tentang Islam. Semoga dengan sedikit penerangan ringkas tentang keindahan Islam kepada beberapa ‘orang putih’ di wad ini yang sering bersangka buruk kepada orang Islam akan dapat mengubah tanggapan negatif mereka itu terhadap umat Islam selepas ini.

Tetapi satu perkara yang perlu kita sematkan di hati, kita sebagai penganut agama mulia inilah yang seharusnya menunjukkan teladan dan juga bersangka baik dengan siapa sahaja terutama kaum atau bangsa serta penganut agama yang lain dari kita. Berakhlaklah seperti yang di didik oleh Nabi kita Muhammad S.A.W. sehinggakan separuh dunia dapat diIslamkan suatu ketika dulu. Jika dengan sering bersangka buruk kepada orang lain, maka buruklah akibat yang akan kita terima. Tetapi jika kita menyemai sikap bersangka baik selalu, Insya Allah, yang baiklah yang akan selalu kita terima meskipun bukanlah sentiasa. Tunjuklah kepada dunia yang Islam adalah sebuah agama yang cantik dan amat menghargai kecantikan dan keindahan. Berlemah lembut dalam berbicara dan memaniskan muka ketika bertegur sapa sesapa manusia adalah di antara kecantikan yang amat dianjurkan Islam. Biarlah keindahan Islam itu dilihat dan dapat memikat penganut agama lain melalui nilai-nilai murni dan baik yang diamalkan penganutnya dalam kehidupan seharian kita. Itu juga merupakan satu usaha dakwah kecil kita untuk agama Islam yang kita cintai.

Untuk renungan bersama agar kita sentiasa bersangka baik sesama insan. Syeikh Abdul Kadir Jailani memberikan beberapa tips untuk kita amalkan:

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.”

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.”

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.”

Wallahu'alam

[get this widget]

Tuesday, 8 December 2009

Mawaddah


Tepat 12 malam, 5 Disember 2009, doktor yang mukanya iras pelakon cerita hindustan datang ke katil ummi di bilik 2, wad 30. Dia meminta kebenaran melihat dan memeriksa anakanda Mawaddah yang begitu nyenyak tidur. Ummi yang terjaga dari tidur terus membenarkan. Dia bertanya tentang anakanda yang begitu lena sekali. Dia memeriksa badan anakanda seakan-akan mengganggu tidur anakanda ketika itu. Tapi anakanda terus tidur tanpa menghiraukan tuan doktor yang membalikkan badan anakanda ke kiri dan ke kanan, serta mengangkat kaki dan tangan memeriksa itu dan ini. Seterusnya dia memakaikan semula pakaian anakanda dan berlalu selepas puas melihat dan memeriksa serta bersoal jawab dengan ummi tentang anakanda.

Setengah jam kemudian doktor tersebut datang lagi ke katil ummi dan memberitahu yang dia ingin membawa anakanda ke nursery di sebelah bilik ummi untuk disusukan menggunakan susu formula memandangkan susu ummi yang masih kurang pengeluarannya mungkin kerana baru sehari kelahiran anakanda ke dunia ini. Anakanda kelihatan kering dan lemah katanya selain kemungkinan tidak cukup cecair di dalam tubuh. Ummi sekali lagi membenarkan demi kebaikan anakanda.

Tidak sampai setengah jam selepas itu doktor itu datang semula memberitahu yang dia terpaksa membawa anakanda ke Neonatal Unit (NNU) iaitu wad kanak-kanak pre-mature bersebelahan wad 30 ini agar anakanda dapat diberikan penjagaan yang lebih rapi berbanding berada di wad ini bersama ummi. Anakanda akan dimasukkan ke 'incubator' katanya. Ummi bertanya kepada tuan doktor, mengapa anakanda mesti dimasukkan ke dalam balang itu?

"Your little baby looks very sleepy and I'm not very happy with that. She didn't even wake up when we changed her nappy. What more, she didn't even cry when we prick on a needle on her heel to take a blood sample for jaundice test."

"And one more reason that she need to be incubated because she is not able to keep up with her body temperature as it started to decrease which is very dangerous to a small baby like her."

Ummi tak terkata, mulut cuba menguntum senyuman pahit kepada tuan doktor. Tetapi hati ini hanya Allah SWT yang tahu betapa berdebarnya kerana anakanda akan dibawa jauh dari penglihatan ummi meskipun hanya sepelaung jauhnya unit itu.

"You please don't worry, I will come and tell you immediately if her condition is deteriorating or anything goes wrong with her tonight."

"You and your husband can come and be with her anytime you wish. There is no visiting hour for both of you. And if you wish to come and see her in the middle of night, just ask one of the midwife and they will bring you there. Okay, Mrs. Mohamad?"

Ummi hanya mengangguk tanpa sepatah kata. Hati penuh gelora tuhan sahaja yang tahu.

Hari ini sudah 5 hari anakanda di wad NNU. Pagi hari pertama lagi anakanda sudah dikeluarkan dari inkubator kerana anakanda sudah mampu mengekalkan suhu badan anakanda. Selama 5 hari ini ummi berulang alik dari Wad 30 ke NNU setiap 3 hingga 4 jam untuk menyusukan anakanda. Alhamdulillah! Semoga Allah SWT terus memberikan ummi kekuatan menjalankan tanggungjawab ini demi kesihatan anakanda. Semoga Allah SWT juga memberikan anakanda kekuatan untuk cepat aktif dan ceria agar kita dapat pulang kepangkuan ayah dan abang-abang yang menanti di rumah. Setelah 25 hari di LGH ini, tak dapat ummi bayangkan perasaan ummi ketika kita sama-sama pulang ke rumah kita nanti.

Anakanda Mawaddah, kelahiranmu ke dunia ini amatlah ummi nantikan, menjadi penyeri keluarga kita yang harum segar mewangi. Anakanda memberikan ummi sebuah harapan menjadi peneman di kala ummi kesunyian. Tabahkan hatimu, kuatkan azammu anakku, ummi akan sentiasa ada disampingmu. Menemani dikala anakanda dahaga dan kelaparan serta membelai anakanda di kala anakanda kesunyian. Semoga Rahman dan Rahim Allah selalu bersama kita hendaknya. Aminnnn.....

[get this widget]