Pernah dak dengar pepatah melayu, carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga... Makna pepatah ini yang terpahat di kepala ini sejak sekolah, walau macam mana gaduh pun adik beradik, akhirnya akan berbaik semula... Tapi bagi aku sekarang ni, nak tukar sket makna dia agar sesuai dengan keadaan aku sekarang ni... Walaupun jauh terpisah beribu batu antara adik-beradik, Insya Allah suatu hari akan bersatu semula... Amin!
Aku dan keluarga yang berada paling jauh dari Malaysia di bumi United Kingdom ini, berjuang bersama suami tercinta demi setitik ilmu milik Allah SWT. Adikku, dik ma yang kini bersama suami tersayang di bumi Sudan yang membahang juga berjuang mendamba sekelumit ilmu Allah SWT di sana. Doaku moga dik ma terus tabah mengharungi semua ujian di bumi Afrika itu. Abangku, perwiraku, kini juga berada nun di perbatasan sempadan Israel dan berhampiran Gaza bumi bergolak berjuang dan berkorban demi agama, bangsa dan negara. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara abangku dari segala kejahatan manusia, syaitan atau jin di bumi Lubnan. Adik amni yang kini berada dekat sedikit dengan mak dan abah di Terengganu, juga berjuang belajar dan mengajar sendirian kerana jarak memisahkan dia dari suaminya di Selangor. Namun doa mak abah, suami dan semua kami kakak abang sentiasa bersamanya. Dia pasti kuat dan terus tabah!
Yang pasti kak abi, kakakku yang paling istimewa telah diangkat martabatnya oleh Allah SWT kini berada paling hampir dengan mak dan abah di kampung halaman kami. Bertuahnya dia aku rasanya. Tak pernah aku merasa cemburu seperti sekarang ini kepada kak abi kerana dapat mendampingi mak dan abah di waktu susah dan senang mereka, di waktu gembira dan sedih mereka serta di masa sihat dan sakit mereka. Baktinya kepada mak abah sepanjang ketiadaan kami di sana pasti akan Allah SWT kurniakan habuan yang sangat banyak kelak. Alangkah bertuahnya kak abi. Terima kasih dari adindamu yang jauh ini...
Dalam entri adik yang penuh syahdu syahdan lagu hindustan (tak paham pun) dan entri kak abi yang very simple and precise, as usual my eldest sister, nothing much to say. They both posted this photo, but a bit blurr, so I searched for the better one in my storage and put it here. They are my siblings! They mean a lot to me. I miss them so much! May Allah give us all the strength in our heart and help us continue our life for our future world and hereafter! Really hope to be united again in other hari raya may be 3 to 4 years from now!
[get this widget]
Infiniti
2 hours ago





9 comments:
Real sweet of you!Keep well dear. Jauh memang lah jauh tp sentiasa dekat di hati...Semuga semuanya selamt dalam peliharaan Allah, especially 3 orang mak buyung ni....:)))
besaq2 ni pun mak dah abah masih duk mengasuh k bi...mklum lah hari tu sakit sat...
min...sabaq byk2 hidup kat perantauan...biasa la dugaan semua tu..aku pun turut jeles ngan adik bradik aku sbb aku sorg yg yg jauh.
kak cik milah: Doakan kami selalu, terus kuat dan tabah ye...
kak abi: itulah kasih ibu bapa, tak pernah meluntur... kita ni masih anak kecil mereka walaupun dah besaq panjang...
shue: tq, aku selalu doa agar aku akan diberi kesempatan oleh Allah untuk berkhidmat kpd kedua mak ayah aku...
saya pn ada 2 org adik yg kat oversea - mesir dan korea. alhamdulillah, zaman teknologi ni sms, internet call merapatkan hubungan antara benua. my two sisters tu siap bleh berjam2 berbual via internet, using webcam. and reception pn bagus smpi ibarat 'dok sebelah bilik jer'. jd xterasa sgt akan kehilangan. n kadang2 depa yg nun di sana lbh maklum apa yg jadi di jitra dr saya yg kat penang ni...
dalam gambaq tu macam semua org tgh dok teman abag nak meminang ja... hehehe...
lagu hindustan tu cerita pardes mahima choudhary dan shah rukh khan.
takkan hampa lupa kot?bukan hampa kaki hindustan ka dulu kak cik? siap pi sewa video kat taman jitra cerita akele hum akele tum. ameer khan n manisha koirala. dulu tu lepas SPM?
lagu tu cerita pasal SRK tgh tunggu org yang disayangi dia balik.sama la cam kami tgu hampa semua.. balik ke malaysia... dan tunggu anakanda cucu ke 11 lahir nanti... gitulah tafsirannya...
tapi dlm gambaq hampa ni muka kita semua nampak itam sket... touch up la kak cik... tak glowing tau!!
Salam..kak...shukran jazak tinggai komen kat blog hafiz aritu...ala...saja-saja buat sebenaqnya...dpt prmintaan dr adik-adik yg hafiz ikut kem...depa suruh wat nak tau pkmbangan diri...kak cmna??kaifhaluk??sihat ker x??cmna baby 2??heheheh...BARAKALLAH HU FIK!!!!!!
adik:
gambaq dah adjust... ok kot, dah terang sikit...
hafiz:
thanks for visiting. kami kat sini sihat, alhamdulillah... doakan kami selalu sihat, selamat dan akan pulang dengan kejayaan ok! u take care!
Post a Comment