Cerita cucu...
"Ummi, semalam Ayman mimpi tok dengan wan la ummi," Ayman bercerita penuh perasaan sesudah bangun dari tidur pagi itu.
"Oooo, ya ka, tok buat apa dalam mimpi Ayman tu?" aku bertanya.
"Tok dok basuh pinggan," Ayman menjawab sambil merenung ke mata aku.
"Wan pulak?" aku terus bertanya.
"Wan penat, dok tidoq ja atas katil dalam bilik. Wan dok guna pam," Ayman menyambung sambil menggayakan laku wannya menggunakan inhaler sewaktu athmanya menyerang.
"Ayman teringat kat wan dengan tok la ummi. Suruh la wan dengan tok naik kapal terbang mai kat umah kita ni," katanya lagi dalam nada sayu.
Aku terkedu. Kalaulah anak ini memahami betapa aku juga merindui insan berdua itu lebih dari rindunya kepada mereka...
Lantas aku membalas, "Ayman doa banyak-banyak lepas semayang, minta Allah bagi tok dengan wan sihat, boleh la mai sini nanti tengok kita. Insya Allah, nanti kita dapat baby, wan dengan tok mai la ok...." aku bersuara memujuk dan memeluk Ayman ke pangkuan aku.
Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan si kecil ini yang rindukan wan dan toknya di Malaysia. Pernah di awal-awal bulan kami di sini dahulu, setiap kali Ayman dimarahi, dia akan merajuk dan menjerit, "Nak pi kat wan!!!" "Nak pi kat wan!!!" "Nak pi kat wan!!!"
Macam-macam usaha dilakukan untuk memujuk, kadangkala berjaya, kadangkala tidak, sehingga dia akan tertidur dengan ingatannya untuk pulang ke pangkuan wan...
Ya Allah! Kuatkanlah hati-hati kami. Berikanlah kekuatan dan kesihatan kepada orang tua kami di tanahair. Mudahkan segala urusan pengajian dan kehidupan kami di sini. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

9 comments:
sayu nyer
last nite abah pon mimpi tidoq tgh2 antara ayman n mu'ammar... mereka menghilangkan rindu di alam roh..
insyaAllah tak lama dah, 2 thn 6 bulan saja lagi kita doa banyak2...
Ameen... eh.. bukan kata abg din menetap kat sana ka? :)
pB: ummi dia lagi la sayu & syahdu...
adik: tu yg bangun pagi terus sms kami kat sini tgh malam.
abang: janji tau! ngaji rajin2!
dikma: nak buat apa la menetap kat sini, buruk2 pun Malaysia tu tetap tanah tumpah darahku. tanahairku.
bayangkan mereka yg berselerakan di seluruh dunia mencari sesuap nasi kerana negara mereka tidak mampu lagi menjadi tempat yang aman untuk didiami.
semoga Malaysia dijauhkan Allah dari menjadi sebuah negara yg hancur. semoga tangan2 yg bakal menghancurkan negara kita musnah segera...
akak yang dah 2 tahun kat UK ni pun kekadang rasa homesick sangat .. sampai rasa tak lalu nak makan .. rindu kat mak .... uwaaaaaaa !!! Sama-samalah kita berdoa semoga Allah memberikan kesihatan dan memudahkan segala urusan kita di bumi Allah ini ..
betul kak zara, Allah ja yang tahu perasaan kita kan? tambah2 bila dengaq mak abah tak sihat di kampung. kalau la bole terbang mcm superman... heheh
klu kita sedih ni bolehlah cover, klu anak rindu tok tu, alahai, sebunya hati.
betul tu ina, hati kita bertambah-tambah sayu bila tengok depa macam tu...
Post a Comment