Seharum Mawar (Rose)

Dia mula bertamu di teratak Berners Street kami semenjak awal Jun 2010. Sejak Mawaddah berusia 6 bulan. Rose, Early Year Support Teacher akan datang setiap hari Isnin atau Selasa selama 1 jam hanya untuk bermain-main dengan Mawaddah. Sedikit sebanyak mengajar ummi bagaimana bermain dengan anak seistimewa Mawaddah. Tanpa pernah gagal, dia setia menjalankan tugasnya sejak lebih setahun yang lalu setiap minggu.

2nd visit
 3rd visit with Nicky

Nyanyian Nursery Rhymes dengan suara merdunya, selalu menghiburkan kami terutamanya Mawaddah. Kata-kata, 'You want to give me a hug?' adalah biasa di mulutnya buat Mawaddah. Kemudian dia pasti akan memangku dan merangkul Mawaddah dalam pelukannya dan mencium Mawaddah sepenuh kasih sayang. Panggilan manja seperti, 'My little honey', 'My sweetie pie', My beautiful baby', 'My gorgeous girl' dan macam-macam lagi panggilan manja buat Mawaddah adalah manisan dimulutnya.

Mawaddah cukup kenal suara Rose
Lovely Rose...

Kami sungguh merasai kasih dan sayang yang dihulurkannya kepada Mawaddah. Meskipun dia hanya menjalankan tugas, namun ummi yakin nun di sudut hatinya, dia ikhlas mengasihi anak ummi. Dia pernah menyeka air matanya apabila ummi menceritakan keadaan Mawaddah ketika fits yang agak lama pada Disember 2010 yang lalu. Dia kelihatan kecewa dan sangat sedih apabila mengetahui yang ummi dan Mawaddah tidak dapat pergi melancong ke Turki Julai lalu. Dia ingin sangat membantu, namun ummi khabarkan yang itu adalah pilihan kami untuk tidak membawa Mawaddah ke Turki selain insurans yang tidak membantu.

 Penyayang...
 
Love this photo...

Kami telah kehilangan Rose dua minggu lepas kerana Rose telah diberhentikan memandang usia bersaranya yang makin hampir dan ditambah keadaan ekonomi yang tidak memberansangkan. Pihak pentadbiran terpaksa melepaskan beberapa pekerja mereka yang sangat dedikasi seperti Rose ini untuk dikorbankan kerana kekurangan budget dari kerajaan. Tekanan ekonomi ini juga dirasai oleh semua kita di mana pun kita berada.

Entri ini khas buat insan bernama Rose Beck. Semoga terus berada di dalam kesihatan yang baik. Ummi selalu berkata kepada ayah, 'Hebat sungguh Rose tu, baik sungguh hatinya. Kalau dia diberi hidayah untuk memeluk Islam, dia pasti menjadi Muslim yang sangat baik dan hebat'. Memang di sudut hati ini, ummi mendoakan agar Allah memberikan dia hikmah dan hidayah bagi melihat kebenaran ini. Syukur kami hanya untukMu wahai Allah kerana Kau hantarkan seorang insan seperti Rose buat kami di sini.

Pada kunjungan terakhir Rose, kami adakan sedikit 'surprise party' bagi menyatakan sedikit rasa terima kasih kami atas segala yang dia lakukan buat Mawaddah. Dia sungguh terharu dan menceritakan perihal majlis kecil itu kepada seluruh warga New Parks House. Sekarang Rose diganti Aneeta untuk bermain dengan Mawaddah. Alhamdulillah 'ala kullihal.

Kek special untuk Rose... Thanks Iva!
Sweet Rose...
Good Bye Rose!

Wallahua'lam 
Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi
6 Responses
  1. Anonymous Says:

    Min,terharunya baca entry nih...

    -dell-


  2. lina Says:

    salam min - mari kita doakan semoga rose diberi hidayah oleh ALLAH s.w.t. Insya ALLAH....Touching!


  3. EdaManAli Says:

    sedih bace entry ni...mesti kalo boleh akak nak dia terus visit Mawaddah kan...w/pon org tu b'lainan agama, tp sbb kebaikan & keikhlasan dia, kita akn jatuh kasih pd dia kan. semoga Allah beri petunjuk & hidayah pd dia, peluk Islam & jd 'saudara' seagama kita...amin...


  4. ~albazrah~ Says:

    ekonomi UK pun teruk ya kakmin. Mari doakan rose bertemu hidayah. Ameen.


  5. oren Says:

    sedihnya baca entry nih..walopun dia non muslim, tapi gayanya lebih elok dan molek dari sebahagian muslim yang ada..

    semoga Allah berikan hidayah pada mereka2 yg baek ati nih..


  6. depa memang bagus bab2 kebajikan ni kan,,lagi bagus kalu depa islam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...