01 July 2013

Blepharoplasty

25 Jun 2013

Mawaddah ke temujanji mata dengan Pakar Mata, Opthalmologist di Hospital Sultanah Bahiyah dengan ayah. Kali ini, ummi tak dapat sertai dengan kekangan kerja di sekolah. 


Sesudah selesai temujanji, ummi telefon ayah bertanyakan maklumat terkini tentang mata Mawaddah. Ayah memberitahu yang ayah akan menelefon ummi semula kerana ada sesuatu yang ayah perlu selesaikan untuk beberapa ketika. Ummi menunggu, dan menunggu. Hampir tamat waktu persekolahan, handphone ummi berbunyi dan ayah menceritakan segala-galanya tentang maklumat yang diperolehi dari temujanji kali ini.

"Operate???"
"Ouch!!!"

Setelah selesai mendengar cerita ayah, ummi terus melayan perasaan. Untuk kesekian kalinya empangan air mata ini tidak lagi dapat bertahan. Air mata ini gugur selaju-lajunya. Abang Ayman di sebelah ummi menjadi pendiam dan hanya melayan perasaan sendiri seolah-olah cuba memberi ummi ruang untuk melepaskan kepedihan yang terasa. Sepanjang perjalanan selama 15 minit menuju Sekolah Rendah Azhar menjadi sunyi dari suara meriah Abang Ayman, sunyi dari nyanyian biasa Abang Ayman. Yang kedengaran hanyalah esak tangis ummi yang tak dapat menahan gentar rasa di hati menerima satu lagi perkhabaran tentang adik Mawaddah yang perlu menjalani satu prosedur pembedahan mata dalam masa terdekat.

Ia bagaikan satu ledakan bom di kepala. Agak susah untuk ummi terima pada mulanya. Masih berlegar-legar di mata ini saat kali pertama Mawaddah dipengsankan untuk pembedahan membetulkan diaphragmanya lebih 3 tahun yang lalu. Secara tiba-tiba debaran saat menghantar Mawaddah ke dewan bedah bagi berjuang untuk hidupnya seakan-akan terasa kembali di benak ini. Sesungguhnya, ummi seboleh-bolehnya tidak mahu lagi melalui saat mencemaskan ini.

Kisah pembedahan diaphragma Mawaddah boleh dibaca di SINI dan di SINI.

Setelah ummi agak tenang, Abang Ayman mula bertanya, "Kenapa ummi? Kenapa ummi nangis?"

"Adik Mawaddah kena operate mata".

"Euww!!! Mata? Pasai apa ummi?"

Seperti yang tertulis di 'wall' FB ayah:

"Mawaddah needs to undergo corrective surgery for her drooping eyelid, and for her bottom eyelashes that are rubbing the eyeball. InsyaAllah her eyes will be fine, and her vision will improve. Surgery date will be fixed on next ophthalmologist visit in September. Pray for her always, my friends. 
Mawaddah memerlukan pembedahan kecil membetulkan kelopak mata di bahagian atas & bawah, bagi membaiki penglihatannya. Prosedur pembedahan akan ditetapkan tarikhnya pada temujanji pakar mata bulan September nanti. Mohon doakan anakanda Mawaddah, sahabat sekalian. 
JazakumulLah." 
Dan ummi sungguh bersyukur dikurniakan insan-insan di sekeliling kami yang memahami dan mengambil berat. Di saat empangan air mata tidak dapat menampung lagi, di saat gelodak jiwa tidak menentu, di saat hati menjadi tidak keruan, Allah segera menghantar insan-insan mulia mengingatkan ummi agar terus berpegang teguh dengan tali Allah. Meyakini apa yang telah, sedang atau bakal berlaku sesungguhnya sudah berasa di dalam Luh MahfuzNya. Kita hanya menjalankan taqdir itu. Allahu Allah...

Mendengar penjelasan dari Mak Chaq Yang, adik sepupu yang bakal menjadi pakar mata sedikit masa lagi lebih lagi menenangkan hati. Ia mungkin agak berat di pendengaran, namun prosedur itu hanya prosedur pembedahan kecil dan hanya di lapisan kulit sahaja. Allahu Allah, hanya kepadaMu aku berserah...  Berilah yang terbaik buat anak syurga kami. Ameen.

Untuk sedikit rujukan, prosedur itu di namakan Blepharoplasty dan boleh dirujuk di SINI.

Wallahua'lam 
Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi

2 comments:

Anonymous said...

Muga Allah memudahkan urusan anakanda Mawaddah dan memberikannya kesembuhan dan tidak sakit lagi dan muga Allah juga mengurniakan ketabahan dan kesabaran buat keluarganya. Ameen.

Lavender said...

bertenang.Allah swt tahu apa yg terbaik