07 November 2013

Mawaddah yang ceria

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kami panjatkan pada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Tak lama lagi, bulan Disember nanti anakanda Mawaddah bakal menginjak usia 4 tahun. Tempoh empat tahun ini sememangnya cukup bermakna buat kami.

Anakanda Mawaddah semakin aktif sekarang, dia kuat memusingkan badannya untuk rolling menuju ke arah mana dia mahu pergi. Kadang-kadang masuk bawah meja, bawah kerusi kecil yang abang2nya guna sewaktu buat kerja sekolah, kadangkala hampir sampai ke dapur nak tengok apa ummi buat.

Abdomennya selalu dipuji fisioterapis sangat kuat. Dia mampu menegakkan kepala dengan agak lama dari kedudukan dia berbaring untuk melihat sekeliling atau jika dipanggil namanya.

Cuma nasihat fisioterapis, kami perlu mengajar dia untuk membuat purposeful movement, seperti mengambil sesuatu, meletakkannya semula, menyusun, mengatur mainan, dan lain-lain pergerakan yang menunjukkan dia tahu apa yang dia buat.

Satu lagi perkembangan yang sangat menggembirakan kami ialah Mawaddah sudah 3 bulan lebih tidak didatangi "Encik S". Kali terakhir dia kena fits dan dimasukkan ke wad ialah di hujung bulan Ramadan lalu. Dia dimasukkan selama tiga hari dua malam, dan keluar pada dua hari sebelum Hari Raya.

Kebetulan ketika itu, pakar kanak-kanak yang selalu memantau perkembangan Mawaddah sebelum ini telah menukar ubat sawan yang lama Topiramate ke ubat yang baru, iaitu Clobazam. Mungkin ubat baru itu sesuai dengan dia, Alhamdulillah tak ada lagi kejadian sawan yang menakutkan itu.

Namun sudah tentulah ia berkat doa semua serta rahmat dari Allah yang Maha Penyembuh.

Dan kami juga mohon doa-dia kalian untuk Mawaddah kerana minggu depan pada 12 Nov 2013, dia ada temujanji dengan pakar jantung di Hospital Pulau Pinang untuk melihat keadaan lubang kecil ASD di jantungnya. Doakan moga kubang kecil itu tertutup sendiri dan Mawaddah tidak perlu menjalani sebarang pembedahan.

Kepada Allah sahaja kita bergantung harap, amin.

Ilahi anta maqsudi wa ridhaka matlubi.

2 comments:

jie said...

Alhamdulillah
Syukur pada Allah
Rindu Mawaddah.
=)

Zam Tahir said...

Saya dh baca kisah ini drp awl...cuma tidak meninggalkan komen, melihat kepada perkembangan terkininya melalui blog ini, rasanya tetap tersentuh hati saya...atas kekuatan kedua ibu bapanya..malah luarbiasa kekuatan drp si kecil ini...semoga Allah swt memberikan rahmat dan berkat sepanjang usia...