26 November 2013

Ukhuwah itu indah...

Mereka sekeluarga bukanlah ahli keluarga kami. Mereka juga bukan sepupu atau saudara terdekat. Namun Allah kurniakan suatu perasaan sayang yang tidak dapat diluahkan di hati kami buat mereka sekeluarga. 

Mungkin Allah menemukan kami kerana satu tarbiyah yang hampir sama yang Allah berikan mereka dan juga kami sekeluarga iaitu berjuang demi anak syurga kami semasa di luar negara. Di saat jerih perih berjuang dengan pengajian, kami dianugerahkan anak syurga. Begitu juga dengan mereka. Malah Arwah Amir Yusuflah yang menjadi musabab keluarga kami Allah temukan.

Sesungguhnya, indah ukhuwah itu jika ia kerana Allah. Mabruk buat sahabatku Anis Zain dan Fajaril serta anakanda Najla dengan kehadiran Adam Fahri di dalam keluarga kalian.



Ini adalah dua gambar Najla bersama Mawaddah. Gambar atas ialah ketika kami merentasi bumi England untuk kali pertama menemui mereka di Glasgow, Scotland (April, 2010). Mawaddah ketika ini baru berusia 5 bulan dan Najla berusia 5 tahun.

Manakala gambar bawah adalah ketika tiga hari lepas, semasa kunjungan kami dari Kedah ke Melaka untuk menziarahi mereka sekeluarga dan melihat ahli baru dalam keluarga mereka iaitu anakanda Adam Fahri (November, 2013). Mawaddah sekarang 4 tahun dan Najla sudah 8 tahun. Alhamdulilah!

Semoga ukhuwah ini terus membugar dan disirami keimanan dan kasih sayang. Moga Allah SWT melimpahi keluarga kami dengan kasih sayangNya yang tidak pernah bertepi... Ameen Ya Rabb!

Wallahua'lam 

Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi

1 comment:

Anonymous said...

Assalammualaikum. Saya mengikuti kisah Arwah adik amir yusuf sebelum ni dan 2-3 hari yg lalu saya teringat ttg Amir yusuf. Saya search link blog En Fajar tp blog tu dah takde. Jika tidak keberatan, saya nk tahu link baru utk entry ttg kisah Adik Amir yusuf.
Terima kasih